Pages

follow

luahan Hati


Sunday, July 8, 2012

BAGINDA.



Assamualaikum, jom kita mengenali Rasulullah s.a.w

Telah menceritakan kepada kami Sufyan bin Waki` katanya, telah menceritakan Jumaik bin Umar bin Abdur Rahmanal-Ijli` menulis dalam kitabnya dengan katanya: telah mengkhabarkan kepada aku seorang lelaki dari Bani Tamim dari anak kepada Abi Halah suami Khadijah yang digelar sebegai Aba Abdullah, daripada anak kepada Abi Halah, daripada Hasan bin Ali telah berkata :

Aku bertanya daripada bapa saudaraku ( sebelah ibu ) Hind ibn Abi Halah mengenai wajah dan perwatakan Rasulullah s.a.w, kerana beliau selalu menerangkan secara terperinci. Daku berharap beliau dapat menerangkan sifat-sifat yang mulia kepadaku agar dapat ku jadikan penerangannya itu sebagai bukti dan hujjah bagi diriku. Maka beliau ; Hind R.A berkata bahawa :“ Baginda mempunyai sifat yang sangat mulia pada dirinya dan juga sangat mulia pada pandangan orang-orang lain. Wajahnya bercahaya seperti bulan mengambang.

Baginda lebih tinggi daripada orang yang sederhana tetapi lebih rendah dariapda orang yang sangat tinggi. Kepadanya yang mulia sederhana besarnya. Walaupun besar tetapi sepadan denagn kekacakannya. Tidaklah begitu besar sehingga mencacatkan kekacakan wajah dan perawakannya.

Rambutnya yang mulai sedikit gelombang ( iaitu tidak lurus sangat ) . Baginda tidak mengambil berat untuk membelah rambutnya; jika rambutnya senang dibelah,maka baiklah keadaannya, jika tidak baginda pun tidak memberikan tumpuan untuk melakukannya. Dalam hal ini, baginda melakukan mengikut masa dan keadaan. Jika setelah di letak minyak pada rambutnya, baginda akan membelah rambutnya bila mana memperolehi sikat. Bila rambut Rasulullah SAW  panjang, rambut baginda melepasi sedikit daripada cuping telinganya.

Wajah baginda berseri-seri dan dahinya luas. Keningnya tipis dan melengkung dan tidak bertemu. Di antara keningnya terdapat satu urat yang akan timbul apabila baginda murka. Hidungnya yang mulia mancung dan bercahaya. Pada sekali pandang seorang pemerhati akan mendapati hidungnya besar tetapi apabila diperhati secara halus maka dia akan mendapati bahawa hidungnya mancung adalah disebabkan cahaya dan bukanlah disebabkan besar.   

Janggutnya yang mulia berkeadaan lebat . Anak matanya tersangat hitam. Pipinya rata (tidak cengkung), berisi tidak kendur atau menggelambir. Mulut baginda sederhana luasnya (tidak sempit yang menjadikan wajahnya hodoh); giginya kecil dan bercahaya (tidak besar). Di antara gigi hadapannya terdapat sedikit jarak dan tidak lah rapat sangat di antara satu sama lain.

Satu garisan rambut halus membarisi daripada dada ke pusat. Lehernya kurus dan cantik untuk dilihat seumpana besi yang tercanai dan warna kulitnya cerah dan menarik seperti perak. Kesemua kaki dan tangannya berulas. Badannya tegap. Perut dan dadanya rata( tidak buncit yang boleh menyukarkan sewaktu berjalan). Dadanya bidang malahan agak lebar di antara kedua-dua bahunya. Tulang-tulang sendinya besar dan kuat (menunjukkan kekuatan).

Apabila baginda membuka baju, badannya nampak berkilat dan berkilau ( bahagian terdedah juga nampak berkilat dan bersinar sebagaimana bahagian yang tertutup). Terdapat satu jaluran bulu di antara dada dan perut. Selain ini dada dan perutnya tidak mempunyai bulu tetapi bulu-bulu terdapat pada kedua-dua lengan, bahu dan bahagian atas dada. Pergelangan tangannya panjang dan tapak tangannya lebar. Kedua-dua kakinya berisis dan montok. Jari-jari tangan dan kakinya panjang ( sama ukuran ).

Tapak kakinya dalam dan kakinya rata. Kakinya yang berkeadaan licin, menjadikan air berlalu tanpa melekat dan mengalir terus. Apabila baginda berjalan, baginda akan menapak ke hadapan dengan tegap. Baginda berjalan agak membongkok ke hadapan sambil meletakkan kakinya tanpa menghentak. Baginda berjalan dengan langkah yang cergas dan bukan langkah yang pendek-pendek. Apabila baginda berjalan nampak seperti menuruni bukit.

Apabila Rasulullah SAW memberikan sesuatu perhatian, baginda akan memalingkan seluruh tubuhnya. Matanya yang mulia memalingkan seluruh tubuhnya. Matanya yang mulia sentiasa ke bawah, kebanyakannya memandang ke arah bumi daripada memandang ke arah langit. Memandang hanya dengan ekor mata sahaja. Apabila baginda SAW berjalan di kalangan sahabat-sahabatnya, baginda SAW akan mendahului mereka. Baginda SAW akan mendahului memberI salam jika bertemu Dengan orang ramai “. (HR Tirmizi)

Sumber : Syamail Tirmizi

Thursday, April 5, 2012

PERTAMA

Sebuah episod cinta biasa berlaku di mna saja tak mengenal usia tak mengenal bangsa. tidak dinafikan cinta pertama terukir pada zaman persekolahan. Ini kisah aku,kisah cinta pertama,dia datang tak mengenal waktu. cinta aku datang dikala aku masih lg mentah,masih tidak bersedia. agak kekok bagi aku untuk mulakan sebuah kisah yg baru yang tak pernah aku alami sebelum ini. pada usia remaja ini permahamam aku tentang cinta masih lg cetek masih,masih lagi teragak agak untuk membuat keputusan. kesudahannya aku harus berani menempuhinya. tak gentar dengan keadaaan sekeliling tak mudah goyah dengan apa jua yg mendatang. dari cinta pertama lah aku memahami apa itu erti kasih sayang,erti kerinduan walaupon ia bakal berakhir namun indah nya kenangan masih terpahat dalam ingatan,namun aku tidak boleh membiarkan cinta pertama itu menguasai diri sehinggakan aku terlepas pandang cinta sejati akan menanti.

awak,ni surat surat masa mula mula saya kenal cinta dulu. zaman ni tadak fesbuk lagi.





awak,sy tak tahu awak berada di mana sekarang,awak buat apa,awk sihat ke tak. saya doakan awak sentiasa sihat. satu hari nanti pasti kita akan berjumpa. macam saya selalu cakap ya, awak bukan yang pertama tapi awak akan jadi yang terakhir. awak jagan risau ya sebab nama awak dah tercatat di  Luh Mahfuz untuk saya. tunggu saya menjemput awak ya.
Assalamualaikum,kamu bakal ibu kepada anak anak ku nanti.

Saturday, March 31, 2012

Sang Bidadari

Saya tak tahu dimana awak berada sekarang,apa jua keadaan awak sekarang. Saya cuma berharap awak sihat2 selalu ya. Saya ada cerita nk kongsi dengan awak ni, awak baru baru ni saya ada kenal seorang perempuan ni,sy panggil dya mia,sy ingat awak lah mia tu,rupa rupa nya tidak. Dia sekadar mainkan perasaan sy awak.Tapi alhamdulillah cepat Allah nk tunjuk. Saya redha awak tapi mcm mna klu mia tu awak cuma cinta sejati tu mendahului jodoh, boleh ke sy maafkan awak?? apa lah sy ni mengarut  ja,sebenar nya pagi ni saya ni berkongsi dengan awak pasal berfesyen lah mengikut acuan ALLAH dan pasal bidadari, awak tahu tak.. mukminat solehah itu lebih anggun daripada bidadari syurga,kalau baca surah Al- Waqi'ah pun,bidadari syurga ini digambarkan oleh Allah dgn perumpamaan yang sangat menarik. Tapi, secantik apa pun para bidadari syurga ini, wanita Mukminat jauh lebih cantik daripada mereka; iaitu orang yang memelihara auratnya, membasuh mukanya setiap hari dengan wuduk , melaksanakan solat dan taat akan suaminya demi redha Allah. Dan pasal berfesyen mengikut  acuan Allah tu msti smua orang pon faham kan. Sekarang ni tudung pon mcm mcm nama tudung dan bentuk pon ada,faiz pon smpi tak tahu nk bezakan. Tapi kalau nak pakai selendang lilit-lilit pun, boleh sahaja. Tapi, carilah selendang yang tak jarang dan panjang. Lilitlah sekreatif mungkin asalkan menutupi dada. Nak pakai tudung ariani pun, pakailah. Tak pun tudung hana tajima, pakailah. Tapi carilah yang sesuai dengan tubuh kita, biarlah ia labuh menutupi dada dan tak melekit menampakkan bentuk badan. Nak pakai tudung bawal pun, pakailah. Tapi pastikan ia tak jarang dan labuh tutup dada. Tapi kalau kat rumah dah berlambak ada tudung bawal yang nipis, takkan nak buang kan. So, pakailah inner di dalam tudung tu supaya leher dan rambut kita tak kelihatan. Biarlah aurat kita ni ekslusif untuk suami tercinta. Kalau mcm pakain tu senang jew faiz nk ckp pakai lah baju yang tidak jarang kain nya dan tak menampakkan bentuk badan :)
assalamualaikum awak penyimpan tulang rusuk ku.

Wednesday, March 28, 2012

Bicara Jodoh

Wahai wanita solehah,jangan risau tentang jodohmu kerana muslimin yg baik tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya,pada bicara manja yang mengoda,pada pujuk rayu yang meruntukan imannya.Sesungguhnya lelaki itu pemimpin kepada wanita.Andai belum tiba jodohmu,anggaplah adam yang kau nantikan itu sedang membina sahsiah kepimpinannya bagi memimpin dirimu kerana pada wanita itu pasti ada kekurangannya.Dan adam yang benar-benar layak pasti akan hadir untuk melengkapkan dirimu.

Cintamu pada orang yang kau cintai dan sayangi,titipkanlah..titipkanlah pada Allah Ta'alaa..Sebab hanya Allah Ta'alaa yang Maha Menjaga,dikala kau dan dia saling berjauhan dikala kau dan dia saling memendam rindu,ingin bertemu..Allah menjaga dengan menenangkan hatimu melalui dzkir dan tadabbur,Cintamu pada orang yg sungguh sungguh kau sayangi,adalah milik-Nya.. kau jaga selalu Hatimu.