Pages

follow

luahan Hati


Monday, November 21, 2011

Saya sokong MALAYSIA

ok dak gambar aku buat ni?



                                        HARIMAU MALAYA(^^,)

Wednesday, November 16, 2011

Pesanan Buat Suami

Asalamualaikum. Jom aku nak kongsi artikel yg best ni.
Memang sesuai untuk abang abang yang baru nak mendirikan rumah tangga (^^,)
Dan juga mungkin berguna untuk kita serba sedikit. Pesanan untuk aku dan anda semua.


1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.


3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari kamu juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing dan berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila merasa tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk untuk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11.
 Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri kamu yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri kamu kena tolerate kalau kamu buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau kamu sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga kamu? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah kamu?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga. Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang perempuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”

Saturday, November 5, 2011

Keajaiban Cermin

Assalamualaikum.
Jum kita cermin diri. hehe
Tiada apa pon yg ak nk cerita,cuma aku tertarik dengan 1 gambar ni masa aku duk belek belek blog Kevin Zahri yg nak dikongsikan dgn hampa.


HAHAHAHAHA
Sehari kita tidak akan terlepas daripada melihat cermin kan.Ini memang banyak berlaku pada kita semua.Di depan cermin jugak kita selalu beragan kan.Lelaki dan perempuan ada ragam nya msing2 bila di depan cermin,kadang2 kita nampak kita hensem,cntik kadang kadang juga nampak kita ni tak cantik ataupon hensem macam semalam.Yang lelaki tu ak faham la klu dia perasan diri sendiri tuff bila kat depan cermin,aku pon kadang kadang macam tu juga. HEE
Yang aku tak faham nya dengan perempuan ni,badan dah cantik,ada yang mengalahkan artis tpi masih pikir dia gemuk,bulat,buncit,besar sgt,tembam.Kenapa ya??Kenapa perempuan selalu pikir macam tu.Aku masih tertanya tanya.Badan cantik dari sudut pandagan kaum adam,tpi mereka ckp mereka dah gemuk,then mula la operasi opsss makan,diet,ikat perut.Sanggup berlapar untuk cantik kan.Sungguh pon kita yang lelaki ni cakap si kaum hawa ni dah cukup cantik,tpi dya masih tak puas hati dengan berat badannya.



Thursday, November 3, 2011

IBU anugerah terindah.



Assalamualaikum,mungkin entry ni boleh membawa kita mengenang kembali di usia kanak2 kita,bagaimana pengorbanan ibu membesarkan kita.

Seorang tua sedang menangis di sebuah bangku bersama sebuah cawan untuk disimpannya duit dari simpati warga kota dan kemudiannya didatangi seorang pemuda duduk sebelahnya.
Sufi : Assalammualaikum pak cik (sapaanya diserta senyuman ikhlas )
Pak Man : Waalaikumsalam, Nak bantu pak cik nak (sambil dihulurnya cawan  itu ke arah sufi)
Sufi memasukkan wang ke dalam cawan tersebut sambil tersenyum .
Sufi : Pak cik, saya ada belikan pak cik makanan, mari kita makan bersama.
Pak Man : Alhamdullilah, terima kasih nak .
Sufi : Pak cik sudah lamakah pak cik mengemis? Maaf jika soalan ini membuat pak cik terasa, saya hanya bertanya sahaja .
Pak Man : Sudah nak, sudah lama
Sufi : Bagaimana pak cik jadi macam ni??
Pak Man : Ini balasan buat pak cik nak. Pak cik menyesal, dahulu pak cik juara kota, semua orang menghormati pak cik, jalan-jalan di kota ini milik pak cik dahulu. Apabila sebut sahaja nama pak cik, pasti semua akan kecut perut, tapi itu dahulu nak, sekarang tiada siapa yang endah akan pak cik.
Dulu hidup pak cik mewah, tapi sekarang inilah pak cik, kais pagi makan pagi , kais petang makan petang.
Pak cik berdosa nak, pak cik derhaka pada ibu pak cik, pak cik suka memaki hamun dia kalau pak cik tidak dapat apa yang pak cik inginkan, pak cik telah halau ibu pak cik dari rumah kerana pak cik malu ada seorang ibu seperti dia.
Pak cik hina dia, dia merempat, tidur dikaki lima, mengemis seperti pak cik, pak cik anak derhaka nak, anak derhaka inilah balsan buat pak cik. ( si tua itu mengalir air mata kerana terlau sedih mengenangkan kisah silamnya)
Sufi : Sabar pak cik, minum air itu pak cik akan tenang, ibu pak cik masih hidup ke sekarang?
Pak Man : ibu pak cik? dia dah .... dia dah tiada,sudah meninggal, pak cik yang langgar dia.
sufi terpempan apabila mendengar luahan hati Pak Man. Nauzubillah .. tergamaknya Pak Man ini.
Pak Man : Pak cik langgar dia sebab pak cik malu  ada ibu mengemis di kaki lima, pak cik rasa terhina, tapi sekarang pak cik menyesal kerana beberapa hari selepas kejadian itu, pak cik terlibat dalam kemalangan, dan menyebabkan kaki pakcik tempang dan perlu menggunakan tongkat untuk bergerak.
Sejak dari hari itu, semua kemewahan, keistimewaan pak cik hilang, orang-orang sisih pak cik, pak cik hilang tempat tinggal, terpaksalah pakcik mengemis dan duduk di kaki lima ini untuk menuruskan hidup.
Pak cik sentiasa berdoa agar nyawa pakcik dicabut kerana pak cik sudah tidak sanggup untuk hidup di muka bumi ini. Tapi pak cik risau, adakah TUHAN akan menerima pak cik yang hina ini?
Sufi : Usah bimbang pak cik, masih ada masa untuk kita kembali kelandasan kita , pintu taubat sentiasa terbuka untuk kita selagi kita masih hidup , ALLAH itu maha pengampun, sentiasalah kita berdoa kepadanya untuk dihapuskan segala dosa-dosa yang telah kita lakukan dahulu .


KESIMPULANNYA


Jasa ibu kita teramat tidak terkira,sayangilah ibu kita sementera mereka masih bernafas. ADA FAHAM! sayangilah dan kasihi lah ibu kita selagi masih hidup.Dan jika mereka dah meninggal dunia,ingatlah jasa ibu dan doakan kesejahteraan ibu.Siapalah kita kan klu tanpa jasa dan pengorbanan ibu.Sekiranya kita masih punyai ibu dalam menjalani hidup ini, hargailah ibu, jaga hati ibu dan hadiahkanlah keperibadian yang baik untuk ibu, agar ibu puas dengan apa yang ibu korbankan, agar ibu bangga kerana punyai anak soleh/solehah yang akan mendokan ibu di akhirat kelak.Hormati dan sanyangi lah IBU kita.Tiada kata seindah laungan ibu memanggil anknya dgn pnuh keikhlasan dan kasih sayang.Berbakti lah kepada mereka.


Ibu ibarat kulit kita yg ta boleh di kopek atau dikoyak,jika terkoyak/terkopak pasti akan kita merasa perit sakit tak terperi. kan2?


"Dia lah yang membentuk rupa kamu dalam rahim (ibu kamu) sebagaimana yang dikehendakiNya...." (A-li'Imraan 3:6).

Friday, October 28, 2011

Cinta Si Rempit


4 29 hari bulan 10 tahun 2011,masih teringgat lagi pada detik 18.3.2007 bermula nya SI REMPIT jatuh cinta pandangan pertama dengan seorang gadis yang ketika itu berbaju kurung berwarna oren...

Ketika itu SI REMPIT menolak motosikal HONDA C70 yang dinaiki nya bersama rakan akibat motosikalnya kehabisan minyak petrol.zappppp,SI REMPIT terpukau melihat kelibat gadis yang berbaju kurung itu yang ketika itu sedang mengayuh basikalnya,dalam keadaan yang sama ketika itu,SI REMPIT ternampak seorang rakan sekelasnya mengayuh basikal bersama gadis yang berbaju kurung itu tadi.Dalam jarak 50meter lagi SI REMPIT akan terserempak dengan gadis itu di simpang jalan.

Sampainya mereka di simpang jalan dada SI REMPIT bergerak sepantas yang boleh,pemikiran SI REMPIT jadi tidak tentu hala.Dalam keadaan SI REMPIT yang tengah malu menolak motosikalnya yang kehabisan petrol rakan sekelasnya yang berkawan dengan gadis itu tanpa berpikir panjang menyakat SI REMPIT.."TOLAK MOTO YEW ABG"sambil dia ketawa.
SI REMPIT terus beredar sambil menahan malunya dikutuk.

Hari itu terus bejalan sehingga ke malam,dalam keadaan berbaring SI REMPIT meletak tangannya di atas dahinya sambil
memikirkan  kejadian petang tadi dan masih tidak dapat melupakan saat terpaku nya dia terhadap persona gadis berbaju kurung itu.Berpikir terus berpikir,zappp...SI REMPIT teringat akan sesuatu,rupanya SI REMPIT sudah menggenali gadis
itu berberapa tahun yang lalu.SI REMPIT dan gadis itu pernah membesar selama dua tahun di dalam satu tadika yang sama.Hal itu,membuatkan SI REMPIT  ingin menggenali gadis itu semula.

Keesokan harinya,seawal subuh SI REMPIT bangun dan begitu bersemangat untuk pergi ke sekolah.Tibanya SI REMPIT ke sekolah,masuk saja ke dalam kelas SI REMPIT terus meluru mencari rakan sekelasnya yang menyakatnya semalam.
Terus bertanya akan gadis itu,ouhh..rupanya gadis itu dan rakan sekelasnya mengambil kelas tambahan bersama."lagi senang lah macam ni"tersenyum SI REMPIT.Tanpa melengahkan masa SI REMPIT meminta rakan sekelasnya menolongnya untuk mendapatkan nombor telefon si gadis itu.

Tidak sabar SI REMPIT  menunggu esok,kelibat gadis itu masih bermain-bermain di pikirannya.Sampainya esok,"mana?"
tanya SI REMPIT kepada rakan sekelasnya."apa?"ditanya pulak rakan itu sambil tersenyum senyum.Datang rapat rakan itu,"ala dia tak bagi lh".Terkilan sebentar SI REMPIT ketika itu,tapi tanpa mengaku kalah dan azam yang kuat SI REMPIT menyuruh rakannya mencuba sekali lagi untuk membenarkan gadis itu memberi kebenaran untuk memberi nombor telefonnya.

"Nah!!",rakan sekelas SI REMPIT itu menghulur sehelai kertas kosong diluarnya yang berlipat.SI REMPIT yang sudah mengetahui apa yang terkandung dalam kertas itu tersenyum sambil bertanya"apa ni?"dan rakannya menjawab"buka lh".
Setelah itu SI REMPIT tanpa banyak tanya terus membuka lipatan kertas itu"YESS"menjerit SI REMPIT dalam hatinya,betul tekaan SI REMPIT.

Sejurus pulangnya SI REMPIT dari sekolah lantas dia mencapai telefon bimbintnya yang berada di dalam bilik.Dengan baju sekolah yang masih tidak titanggalkan SI REMPIT terus membuat misscall untuk memastikan kewujudan nombor itu.
toot..toot....lega SI REMPIT mendegar.

Sejam kemudian selepas SI REMPIT selesai menguruskan dirinya yang baru pulang dari sekolah,SI REMPIT mencapai semula telefon bimbitnya dan terus mengirim sms kepada gadis tersebut.Tidak lama kemudian telefon bimbit SI REMPIT berdering.SI REMPIT bergegas mengeluarkan telefon itu dari dalam poket seluarnya,sudah dijangkakan SI REMPIT gadis itu akan membalasnya.

Mulanya dari saat itu mereka terus berhubung antara satu sama lain,setiap hari tidak pernah kata seorang antara mereka terlupa untuk mengirimkan khidmat pesanan ringkas.Setelah 4 hari mereka mengenali semula antara satu sama lain melalui sms,tiba hari yang kelima gadis itu memutuskan untuk melihat wajah SI REMPIT itu dari sudut yang dekat.
Mereka berjanji ingin berjumpa di salah sebuah pondok telefon yang tidak jauh dari rumah masing masing setelah gadis itu habis kelas tambahannya.

Tibanya hari yang dijanjikan,dengan berbekalkan motosikal KRISS11O milik ayah SI REMPIT,SI REMPIT pun menghidupkan enjin motosikal itu dan langsung ke tempat yang dijanjikan.SI REMPIT tiba lebih awal,seawalnya SI REMPIT seakan akan tidak rasa apa apa akan berlaku, sehingga berderingnya telefon SI REMPIT yang menunjujkan mesej masuk,dengkupan jantung SI REMPIT semakin kencang kerana SI REMPIT tahu itu mesej daripada gadis itu.Membuka mesej dan terlihat gadis itu bertanya"dimana?"dan gadis itu menyatakan dia akan sampai.

Kaki SI REMPIT mula mengeletar,SI REMPIT tidak dapat duduk dengan tenang.Tidak lama kemudian SI REMPIT terlihat kelibat gadis itu yang memakai baju kurung lagi yang mengayuh basikal dari jarak 100meter bersama rakan sekelasnya itu.Selangkah demi selangkah mereka makin menghampiri,semakin mengeletar kedua dua kaki SI REMPIT.

Cepat mereka sampai di hadapan SI REMPIT yang sedang menunggu,SI REMPIT pula terus diam terpaku sekali lagi apabila melihat keayuan gadis itu yang menyarungkan baju kurung,betapa damai nya hati SI REMPIT ketika itu.hoiiiii...
kedengaran suara sumbang yang menghalang SI REMPIT terus terpaku,iaitu suara rakan sekelasnya.Rakan sekelas SI REMPIT cuba membuatkan mereka bersembang,tetapi mereka hanya mampu memandang antara satu sama lain.Gadis itu memulakan perbualan mereka,SI REMPIT pula hanya mampu menjawab dan menundukkan kepala nya kerana malu dan makin kuat mengeletar kakinya.SI REMPIT mula terpikat dengan senyuman gadis itu.Tidak banyak yang mereka bualkan ketika itu.SI REMPIT......................




NANTIKAN SAMBUNGAN NYA.....

- Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya
    hanya ada kamu satu-satunya.