follow

luahan Hati


Friday, October 28, 2011

Cinta Si Rempit


4 29 hari bulan 10 tahun 2011,masih teringgat lagi pada detik 18.3.2007 bermula nya SI REMPIT jatuh cinta pandangan pertama dengan seorang gadis yang ketika itu berbaju kurung berwarna oren...

Ketika itu SI REMPIT menolak motosikal HONDA C70 yang dinaiki nya bersama rakan akibat motosikalnya kehabisan minyak petrol.zappppp,SI REMPIT terpukau melihat kelibat gadis yang berbaju kurung itu yang ketika itu sedang mengayuh basikalnya,dalam keadaan yang sama ketika itu,SI REMPIT ternampak seorang rakan sekelasnya mengayuh basikal bersama gadis yang berbaju kurung itu tadi.Dalam jarak 50meter lagi SI REMPIT akan terserempak dengan gadis itu di simpang jalan.

Sampainya mereka di simpang jalan dada SI REMPIT bergerak sepantas yang boleh,pemikiran SI REMPIT jadi tidak tentu hala.Dalam keadaan SI REMPIT yang tengah malu menolak motosikalnya yang kehabisan petrol rakan sekelasnya yang berkawan dengan gadis itu tanpa berpikir panjang menyakat SI REMPIT.."TOLAK MOTO YEW ABG"sambil dia ketawa.
SI REMPIT terus beredar sambil menahan malunya dikutuk.

Hari itu terus bejalan sehingga ke malam,dalam keadaan berbaring SI REMPIT meletak tangannya di atas dahinya sambil
memikirkan  kejadian petang tadi dan masih tidak dapat melupakan saat terpaku nya dia terhadap persona gadis berbaju kurung itu.Berpikir terus berpikir,zappp...SI REMPIT teringat akan sesuatu,rupanya SI REMPIT sudah menggenali gadis
itu berberapa tahun yang lalu.SI REMPIT dan gadis itu pernah membesar selama dua tahun di dalam satu tadika yang sama.Hal itu,membuatkan SI REMPIT  ingin menggenali gadis itu semula.

Keesokan harinya,seawal subuh SI REMPIT bangun dan begitu bersemangat untuk pergi ke sekolah.Tibanya SI REMPIT ke sekolah,masuk saja ke dalam kelas SI REMPIT terus meluru mencari rakan sekelasnya yang menyakatnya semalam.
Terus bertanya akan gadis itu,ouhh..rupanya gadis itu dan rakan sekelasnya mengambil kelas tambahan bersama."lagi senang lah macam ni"tersenyum SI REMPIT.Tanpa melengahkan masa SI REMPIT meminta rakan sekelasnya menolongnya untuk mendapatkan nombor telefon si gadis itu.

Tidak sabar SI REMPIT  menunggu esok,kelibat gadis itu masih bermain-bermain di pikirannya.Sampainya esok,"mana?"
tanya SI REMPIT kepada rakan sekelasnya."apa?"ditanya pulak rakan itu sambil tersenyum senyum.Datang rapat rakan itu,"ala dia tak bagi lh".Terkilan sebentar SI REMPIT ketika itu,tapi tanpa mengaku kalah dan azam yang kuat SI REMPIT menyuruh rakannya mencuba sekali lagi untuk membenarkan gadis itu memberi kebenaran untuk memberi nombor telefonnya.

"Nah!!",rakan sekelas SI REMPIT itu menghulur sehelai kertas kosong diluarnya yang berlipat.SI REMPIT yang sudah mengetahui apa yang terkandung dalam kertas itu tersenyum sambil bertanya"apa ni?"dan rakannya menjawab"buka lh".
Setelah itu SI REMPIT tanpa banyak tanya terus membuka lipatan kertas itu"YESS"menjerit SI REMPIT dalam hatinya,betul tekaan SI REMPIT.

Sejurus pulangnya SI REMPIT dari sekolah lantas dia mencapai telefon bimbintnya yang berada di dalam bilik.Dengan baju sekolah yang masih tidak titanggalkan SI REMPIT terus membuat misscall untuk memastikan kewujudan nombor itu.
toot..toot....lega SI REMPIT mendegar.

Sejam kemudian selepas SI REMPIT selesai menguruskan dirinya yang baru pulang dari sekolah,SI REMPIT mencapai semula telefon bimbitnya dan terus mengirim sms kepada gadis tersebut.Tidak lama kemudian telefon bimbit SI REMPIT berdering.SI REMPIT bergegas mengeluarkan telefon itu dari dalam poket seluarnya,sudah dijangkakan SI REMPIT gadis itu akan membalasnya.

Mulanya dari saat itu mereka terus berhubung antara satu sama lain,setiap hari tidak pernah kata seorang antara mereka terlupa untuk mengirimkan khidmat pesanan ringkas.Setelah 4 hari mereka mengenali semula antara satu sama lain melalui sms,tiba hari yang kelima gadis itu memutuskan untuk melihat wajah SI REMPIT itu dari sudut yang dekat.
Mereka berjanji ingin berjumpa di salah sebuah pondok telefon yang tidak jauh dari rumah masing masing setelah gadis itu habis kelas tambahannya.

Tibanya hari yang dijanjikan,dengan berbekalkan motosikal KRISS11O milik ayah SI REMPIT,SI REMPIT pun menghidupkan enjin motosikal itu dan langsung ke tempat yang dijanjikan.SI REMPIT tiba lebih awal,seawalnya SI REMPIT seakan akan tidak rasa apa apa akan berlaku, sehingga berderingnya telefon SI REMPIT yang menunjujkan mesej masuk,dengkupan jantung SI REMPIT semakin kencang kerana SI REMPIT tahu itu mesej daripada gadis itu.Membuka mesej dan terlihat gadis itu bertanya"dimana?"dan gadis itu menyatakan dia akan sampai.

Kaki SI REMPIT mula mengeletar,SI REMPIT tidak dapat duduk dengan tenang.Tidak lama kemudian SI REMPIT terlihat kelibat gadis itu yang memakai baju kurung lagi yang mengayuh basikal dari jarak 100meter bersama rakan sekelasnya itu.Selangkah demi selangkah mereka makin menghampiri,semakin mengeletar kedua dua kaki SI REMPIT.

Cepat mereka sampai di hadapan SI REMPIT yang sedang menunggu,SI REMPIT pula terus diam terpaku sekali lagi apabila melihat keayuan gadis itu yang menyarungkan baju kurung,betapa damai nya hati SI REMPIT ketika itu.hoiiiii...
kedengaran suara sumbang yang menghalang SI REMPIT terus terpaku,iaitu suara rakan sekelasnya.Rakan sekelas SI REMPIT cuba membuatkan mereka bersembang,tetapi mereka hanya mampu memandang antara satu sama lain.Gadis itu memulakan perbualan mereka,SI REMPIT pula hanya mampu menjawab dan menundukkan kepala nya kerana malu dan makin kuat mengeletar kakinya.SI REMPIT mula terpikat dengan senyuman gadis itu.Tidak banyak yang mereka bualkan ketika itu.SI REMPIT......................




NANTIKAN SAMBUNGAN NYA.....

- Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya
    hanya ada kamu satu-satunya.

3 comments: