follow

luahan Hati


Sunday, July 8, 2012

BAGINDA.



Assamualaikum, jom kita mengenali Rasulullah s.a.w

Telah menceritakan kepada kami Sufyan bin Waki` katanya, telah menceritakan Jumaik bin Umar bin Abdur Rahmanal-Ijli` menulis dalam kitabnya dengan katanya: telah mengkhabarkan kepada aku seorang lelaki dari Bani Tamim dari anak kepada Abi Halah suami Khadijah yang digelar sebegai Aba Abdullah, daripada anak kepada Abi Halah, daripada Hasan bin Ali telah berkata :

Aku bertanya daripada bapa saudaraku ( sebelah ibu ) Hind ibn Abi Halah mengenai wajah dan perwatakan Rasulullah s.a.w, kerana beliau selalu menerangkan secara terperinci. Daku berharap beliau dapat menerangkan sifat-sifat yang mulia kepadaku agar dapat ku jadikan penerangannya itu sebagai bukti dan hujjah bagi diriku. Maka beliau ; Hind R.A berkata bahawa :“ Baginda mempunyai sifat yang sangat mulia pada dirinya dan juga sangat mulia pada pandangan orang-orang lain. Wajahnya bercahaya seperti bulan mengambang.

Baginda lebih tinggi daripada orang yang sederhana tetapi lebih rendah dariapda orang yang sangat tinggi. Kepadanya yang mulia sederhana besarnya. Walaupun besar tetapi sepadan denagn kekacakannya. Tidaklah begitu besar sehingga mencacatkan kekacakan wajah dan perawakannya.

Rambutnya yang mulai sedikit gelombang ( iaitu tidak lurus sangat ) . Baginda tidak mengambil berat untuk membelah rambutnya; jika rambutnya senang dibelah,maka baiklah keadaannya, jika tidak baginda pun tidak memberikan tumpuan untuk melakukannya. Dalam hal ini, baginda melakukan mengikut masa dan keadaan. Jika setelah di letak minyak pada rambutnya, baginda akan membelah rambutnya bila mana memperolehi sikat. Bila rambut Rasulullah SAW  panjang, rambut baginda melepasi sedikit daripada cuping telinganya.

Wajah baginda berseri-seri dan dahinya luas. Keningnya tipis dan melengkung dan tidak bertemu. Di antara keningnya terdapat satu urat yang akan timbul apabila baginda murka. Hidungnya yang mulia mancung dan bercahaya. Pada sekali pandang seorang pemerhati akan mendapati hidungnya besar tetapi apabila diperhati secara halus maka dia akan mendapati bahawa hidungnya mancung adalah disebabkan cahaya dan bukanlah disebabkan besar.   

Janggutnya yang mulia berkeadaan lebat . Anak matanya tersangat hitam. Pipinya rata (tidak cengkung), berisi tidak kendur atau menggelambir. Mulut baginda sederhana luasnya (tidak sempit yang menjadikan wajahnya hodoh); giginya kecil dan bercahaya (tidak besar). Di antara gigi hadapannya terdapat sedikit jarak dan tidak lah rapat sangat di antara satu sama lain.

Satu garisan rambut halus membarisi daripada dada ke pusat. Lehernya kurus dan cantik untuk dilihat seumpana besi yang tercanai dan warna kulitnya cerah dan menarik seperti perak. Kesemua kaki dan tangannya berulas. Badannya tegap. Perut dan dadanya rata( tidak buncit yang boleh menyukarkan sewaktu berjalan). Dadanya bidang malahan agak lebar di antara kedua-dua bahunya. Tulang-tulang sendinya besar dan kuat (menunjukkan kekuatan).

Apabila baginda membuka baju, badannya nampak berkilat dan berkilau ( bahagian terdedah juga nampak berkilat dan bersinar sebagaimana bahagian yang tertutup). Terdapat satu jaluran bulu di antara dada dan perut. Selain ini dada dan perutnya tidak mempunyai bulu tetapi bulu-bulu terdapat pada kedua-dua lengan, bahu dan bahagian atas dada. Pergelangan tangannya panjang dan tapak tangannya lebar. Kedua-dua kakinya berisis dan montok. Jari-jari tangan dan kakinya panjang ( sama ukuran ).

Tapak kakinya dalam dan kakinya rata. Kakinya yang berkeadaan licin, menjadikan air berlalu tanpa melekat dan mengalir terus. Apabila baginda berjalan, baginda akan menapak ke hadapan dengan tegap. Baginda berjalan agak membongkok ke hadapan sambil meletakkan kakinya tanpa menghentak. Baginda berjalan dengan langkah yang cergas dan bukan langkah yang pendek-pendek. Apabila baginda berjalan nampak seperti menuruni bukit.

Apabila Rasulullah SAW memberikan sesuatu perhatian, baginda akan memalingkan seluruh tubuhnya. Matanya yang mulia memalingkan seluruh tubuhnya. Matanya yang mulia sentiasa ke bawah, kebanyakannya memandang ke arah bumi daripada memandang ke arah langit. Memandang hanya dengan ekor mata sahaja. Apabila baginda SAW berjalan di kalangan sahabat-sahabatnya, baginda SAW akan mendahului mereka. Baginda SAW akan mendahului memberI salam jika bertemu Dengan orang ramai “. (HR Tirmizi)

Sumber : Syamail Tirmizi

No comments:

Post a Comment